Thursday, October 4, 2012

BACA DAN HAYATILAH ..

SAJAK.

Ibu mengingatkan, bacalah buku
Datuk berpesan, bacalah buku
Guru menyuruh, bacalah buku
Tapi..nenek berleter, aku tidak membaca buku.

Aku keliru.....
Apa yang patut aku baca ?
Untuk apa aku membaca ?
Dan bila harus aku membaca ?

Namun...
Aku rajin mengaji
Ustaz selalu mengingatkan
Kalimah Iqra" harus dihayati
Kini aku memahami....

Lalu tanpa jemu,
Samudera ilmu aku terokai,
Pelosok dunia aku jelajahi,
Melaluimu buku
Yang kini menjadi sahabat sejati...

RENUNGAN BERSAMA

"Orang yang berbahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa,kerana tertawa itu muziknya jiwa.Juga menyediakan waktu untuk berfikir,kerana berfikir itu pokok kemajuan.Juga menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan.Juga menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat diri muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa".

PERIBAHASA


Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
Indah khabar daripada rupa

MARI MENYANYI