Thursday, December 13, 2012

BAHASA MELAYU : PENANDA WACANA




Penanda wacana berperanan untuk menjadi penyambung,pengukuh atau 
pencetus kelancaran sesuatu ayat tersebut.Tanpa penanda wacana,sesuatu 
ayat itu mungkin agak longgar,tidak bermaya atau tidak kukuh huraiannya.
Contoh penanda wacana yang boleh digunakan ialah:

1. Penanda permulaan atau pendahuluan karangan.


a. Pada era globalisasi ini,
b. Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c. Dalam meniti arus kemodenan ini,
d. Dewasa ini,
e. Pada masa ini,
f. Kini,
g. Dasawarsa ini,
h. Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i. Sejak sedekad yang lalu,
j. Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k. Kebelakangan ini,
l. Belakangan ini,
m. Sejak akhir-akhir ini,

2. Penanda memulakan isi baharu.

a. Selain itu,
b. Di samping itu,
c. Sementara itu,
d. Dalam pada itu,
e. Lain daripada itu,
f. Pada waktu yang sama,
g. Seterusnya,

3. Penanda huraian isi karangan (biasanya ayat kedua atau ayat ketiga
 atau terakhir dalam perenggan isi)

a. Hal ini demikian kerana
b. Hal ini berlaku kerana
c. Hal ini terjadi kerana
d. Hal ini disebabkan oleh
e. Hal ini wujud akibat daripada
f. Hal ini bersangkut-paut dengan
g. Hal ini berpunca daripada
h. Hal ini tercetus apabila

4. Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa (berfungsi sama seperti contoh)

a. Bak kata peribahasa
b. Bak kata peribahasa melayu
c. Bak kata orang tua-tua
d. Bak kata mutiara
e. Bak peribahasa
f. Bak kata cendekiawan
g. Persis kata peribahasa
h. Persis kata peribahasa melayu
i. Persis kata orang tua-tua
j. Persis kata mutiara
k. Persis peribahasa

5. Penanda menghuraikan contoh (digunakan selepas memberikan contoh
 dalam ayat sebelum ini)

a. Hal ini mengakibatkan
b. Hal ini menyebabkan
c. Oleh itu
d. Maka
e. Oleh hal yang demikian
f. Oleh sebab itu
g. Jelaslah bahawa
h. Justifikasinya

6. Penanda menutup isi (digunakan dalam ayat terakhir dalam perenggan isi)

a. Kesannya,
b. Natijahnya,
c. Akibatnya,
d. Akhirnya,
e. Dengan itu,
f. Dengan berbuat demikian,
g. Maka,

7. Penanda memulakan perenggan penutup

a. Kesimpulannya,
b. Secara tuntas,
c. Konklusinya,
d. Sebagai penutup wacana,
e. Sebagai penghias bicara akhir,
f. Sebelum mengakhiri wacana ini,
g. Secara keseluruhan,
h. Ironinya,

8. Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza (biasanya 
digunakan untuk membezakan dua tajuk khusus karangan selepas memberikan
 isi tentang impak positif kemudian isi negatif)

a. Walau bagaimanapun,
b. Walakin begitu,
c. Namun demikian,
d. Daripada perspektif yang berbeza,
e. Jika dilihat dari sudut lain,
f. Dengan kata lain,
g. Kontradiksinya,
h. Di sebalik itu,
i. Dalam pada itu,

9. Penanda memberikan contoh dalam karangan (digunakan dalam ayat kedua atau
 terakhir dalam perenggan)

a. Misalnya,
b. Contohnya,
c. Sebagai contoh,
d. Tamsilnya,
e. Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f. Umpamanya,
g. Bagaikan,

Tuesday, December 4, 2012

TEKNIK BELAJAR.

TIP MEMBACA YANG  BERKESAN.

Membaca dikategorikan sebagai proses mendapatkan maklumat.  Maklumat yang diperoleh hasil daripada pembacaan diproses dan disimpan dalam ingatan.  Kebiasaannya, maklumat yang baru dibaca akan disimpan dalam ingatan jangka pendek terlebih dahulu untuk beberapa ketika sebelum menyimpannya dalam ingatan jangka panjang.



Membaca itu jambatan ilmu.



Persediaan Untuk Membaca.


1. Pilih masa yang sesuai supaya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan bacaan.  Contohnya pada waktu awal pagi.

2. Pilih tempat yang selesa untuk membaca seperti tempat yang terang, sunyi, senyap, udara sekitar yang mencukupi dan suhu yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.

3. Pastikan benar-benar bersedia untuk membaca bukannya dalam keadaan kurang sihat, letih atau tertekan.

4. Sediakan peralatan yang diperlukan untuk membaca seperti bahan bacaan, alat tulis dan kertas untuk mencatat.  Melalui cara ini, kita tidak perlu bangun dari tempat duduk sewaktu membaca.  Jika tidak, tumpuan kita terhadap bahan bacaan itu mungkin akan terganggu.

5. Jika sudah bersedia, ayuh mulakan pembacaan dengan berdoa kepada Tuhan

 

Membaca menambahkan pengetahuan.