Thursday, November 29, 2012

Puisi Melayu , Pantun Ilmu

  Pantun Melayu sering dikaji oleh para ilmuan dari luar negara dan juga dalam kalangan pengkaji tanah air.  Pantun mencerminkan budi pekerti orang-orang dahulu.  Pantun juga mempunyai pelbagai tema yang menarik perhatian para pengkaji.  Antara tema yang terdapat dalam pantun ialah ilmu.  Ilmu dipandang tinggi dalam masyarakat sejak dahulu lagi.

Mari kita selami maksud pantun ilmu di bawah ini.


Anak rusa merentang hutan,
Lari dikejar anak beruang,
Ilmu umpama emas dan intan,
Berguna kepada semua orang.     

Angin berhembus cuaca redup,
Budak-budak bersuka ria,
Ilmu itu panduan hidup,
Memandu kita ke jalan bahagia.

Keris kecil menikam ular,
Keris besar menikam singa,
Masa kecil tak hendak belajar,
Sudah besar tertanya-tanya.

           

 
   





Tanam padi, si padi huma,                         
Orang bujang datang bertamu,
Barang kerja takkan sempurna,
Bila tidak menaruh ilmu.

Apa tanda batang tebu,
Batang tebu halus uratnya,
Apa tanda orang berilmu,
Orang berilmu, halus sifatnya.

Sunday, November 25, 2012

Apa Yang Patut DiBuat Jika Terpisah Daripada Kumpulan.



Bayangkan jika kita terpisah daripada kumpulan ketika menyertai rombongan ke sesuatu tempat.  Apa yang patut dilakukan ? Tip di bawah ini mungkin dapat membantu.



1.  Tenangkan Diri.
  Bersendirian di tempat yang asing bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.  Apatah lagi di tempat asing yang kita tidak pernah tahu dan inilah kali pertama kita menjejakkan kaki di tempat tersebut.  Menangis bukanlah cara yang terbaik untuk selesaikan masalah.  sebaliknya tenangkanlah diri, jangan panik dan jadilah seorang yang berani.



                                                                            

 2.  Minta Pertolongan.
                                        
  Perhatikan orang yang memakai pakaian seragam seperti polis atau pengawal keselamatan.  Jelaskan keadaan kita dan mintalah pertolongan daripada mereka.  Mereka  merupakan orang yang boleh diharapkan  membantu kita mencari kumpulan kita yang terpisah.






3.  Telefon Bimbit.
  Dalam keadaan   telefon bimbit pastinya penyelamat yang amat diperlukan.  Pastikan kita menyimpan nombor guru dan rakan yang lain untuk dihubungi semasa waktu kecemasan.