Thursday, October 4, 2012

BACA DAN HAYATILAH ..

SAJAK.

Ibu mengingatkan, bacalah buku
Datuk berpesan, bacalah buku
Guru menyuruh, bacalah buku
Tapi..nenek berleter, aku tidak membaca buku.

Aku keliru.....
Apa yang patut aku baca ?
Untuk apa aku membaca ?
Dan bila harus aku membaca ?

Namun...
Aku rajin mengaji
Ustaz selalu mengingatkan
Kalimah Iqra" harus dihayati
Kini aku memahami....

Lalu tanpa jemu,
Samudera ilmu aku terokai,
Pelosok dunia aku jelajahi,
Melaluimu buku
Yang kini menjadi sahabat sejati...

14 comments:

  1. Bagus info yang diberikan tentang mengajak kita banyakkan membaca. Kata orang membaca jambatan ilmu. Bukan saja pada anak-anak, bahkan pada diri sendiri juga sebagai ingatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata orang membaca itu jambatan ilmu dan haruslah menuntut ilmu melalui pembacaan tanpa mengira umur.

      Delete
  2. Benar, membaca itu menambahkan ilmu pengetahun kita. Bukan sahaja baca buku-buku bahkan bacalah kitab dan Al-Quran juga sebagai penerang jiwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byang benar kata cikgu, marilah kita membaca apa jua bahan yang boleh mendatangkan ilmu.

      Delete
  3. sajak kak ros,penuh makna tersirat..teringat saya pada lirik lagu.."tanpa membaca cacatlah minda..tanpa ilmu kemanalah kita..timbalah ilmu dengan membaca"..sama-samalah kita jadikan membaca sebagai budaya dan amalan hidup seharian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi hayat dikandung badan, membaca seharusnya dijadikan satu amalan.

      Delete
  4. Sajak cikgu dapat memberi nasihat kepada murid-murid agar terus mencari ilmu pengetahuan dengan membaca.

    ReplyDelete
  5. Sajak cikgu rosnah ringkas dan mudah difahami. Boleh dijadikan sebagai rangsangan kepada diri sendiri dan juga anak murid.

    ReplyDelete
  6. Sajak ini memberi kesedaran kepada kita bahawa membaca harus dijadikan tabiat dan amalan hidup kita.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas semua komen membina yang diberikan rakan-rakan.

    ReplyDelete
  8. Blog cikgu cantik dan mempunyai banyak sajak yang senang difahami.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih dan saya akan terus menambahkan bahan-bahan lain yang boleh dikongsi bersama.

    ReplyDelete
  10. Tahniah... Sesungguhnya ilmu itu tiada batasannya...

    ReplyDelete
  11. Benar kata cikgu, ilmu itu tiada batasan dalam mendalaminya. Oleh itu, marilah kita sama-sama mencari ilmu walau di mana kita berada.

    ReplyDelete