Tuesday, December 4, 2012

TEKNIK BELAJAR.

TIP MEMBACA YANG  BERKESAN.

Membaca dikategorikan sebagai proses mendapatkan maklumat.  Maklumat yang diperoleh hasil daripada pembacaan diproses dan disimpan dalam ingatan.  Kebiasaannya, maklumat yang baru dibaca akan disimpan dalam ingatan jangka pendek terlebih dahulu untuk beberapa ketika sebelum menyimpannya dalam ingatan jangka panjang.



Membaca itu jambatan ilmu.



Persediaan Untuk Membaca.


1. Pilih masa yang sesuai supaya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan bacaan.  Contohnya pada waktu awal pagi.

2. Pilih tempat yang selesa untuk membaca seperti tempat yang terang, sunyi, senyap, udara sekitar yang mencukupi dan suhu yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.

3. Pastikan benar-benar bersedia untuk membaca bukannya dalam keadaan kurang sihat, letih atau tertekan.

4. Sediakan peralatan yang diperlukan untuk membaca seperti bahan bacaan, alat tulis dan kertas untuk mencatat.  Melalui cara ini, kita tidak perlu bangun dari tempat duduk sewaktu membaca.  Jika tidak, tumpuan kita terhadap bahan bacaan itu mungkin akan terganggu.

5. Jika sudah bersedia, ayuh mulakan pembacaan dengan berdoa kepada Tuhan

 

Membaca menambahkan pengetahuan.

6 comments:

  1. Memang benar kata cikgu, persediaan untuk membaca perlu diambil kira agar apa yang kita baca dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  2. Info yang sangat bagus dan munafaat. Kefahaman dari bahan yang dibaca amat penting untuk pembaca mengambil tindakan selanjutnya

    ReplyDelete
  3. Benar kata cikgu. Sebelum membaca kita haruslah mengambil kira beberapa perkara agar apa yang dibaca mendatangkan manfaat kepada kita.

    ReplyDelete
  4. Tips membaca ini sangat bermanfaat kepada murid.

    ReplyDelete
  5. Ya, membaca banyak manfaatnya kepada semua orang termasuklah pelajar dan kita juga.

    ReplyDelete