Sunday, November 25, 2012

Apa Yang Patut DiBuat Jika Terpisah Daripada Kumpulan.



Bayangkan jika kita terpisah daripada kumpulan ketika menyertai rombongan ke sesuatu tempat.  Apa yang patut dilakukan ? Tip di bawah ini mungkin dapat membantu.



1.  Tenangkan Diri.
  Bersendirian di tempat yang asing bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.  Apatah lagi di tempat asing yang kita tidak pernah tahu dan inilah kali pertama kita menjejakkan kaki di tempat tersebut.  Menangis bukanlah cara yang terbaik untuk selesaikan masalah.  sebaliknya tenangkanlah diri, jangan panik dan jadilah seorang yang berani.



                                                                            

 2.  Minta Pertolongan.
                                        
  Perhatikan orang yang memakai pakaian seragam seperti polis atau pengawal keselamatan.  Jelaskan keadaan kita dan mintalah pertolongan daripada mereka.  Mereka  merupakan orang yang boleh diharapkan  membantu kita mencari kumpulan kita yang terpisah.






3.  Telefon Bimbit.
  Dalam keadaan   telefon bimbit pastinya penyelamat yang amat diperlukan.  Pastikan kita menyimpan nombor guru dan rakan yang lain untuk dihubungi semasa waktu kecemasan.

7 comments:

  1. Bagus info yang cikgu paparkan kerana dapat mengetahui tip bagaimana hendak mengatasinya jika terpisah daripada kumpulan.

    ReplyDelete
  2. Tahniah cikgu rosnah...info yang cikgu paparkan amat berguna.

    ReplyDelete
  3. tahniah...blog cikgu banyak memberi manfaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya akan terus memberikan info-info yang boleh dikongsi bersama.

      Delete
  4. Salam,....blog yang sangat cantik dan romantik,.....

    ReplyDelete
  5. Ros,
    Satu paparan yang menarik dan boleh dikongsi bersama.Tahniah !

    ReplyDelete
  6. Terima kasih. Kadang-kadang kita lupa untuk menitipkan sesuatu yang penting buat anak didik tatkala melawat ke sesuatu tempat. Moga info yang dipaparkan dapat memberi panduan andai mereka terpisah daripada kumpulan.

    ReplyDelete