Thursday, November 29, 2012

Puisi Melayu , Pantun Ilmu

  Pantun Melayu sering dikaji oleh para ilmuan dari luar negara dan juga dalam kalangan pengkaji tanah air.  Pantun mencerminkan budi pekerti orang-orang dahulu.  Pantun juga mempunyai pelbagai tema yang menarik perhatian para pengkaji.  Antara tema yang terdapat dalam pantun ialah ilmu.  Ilmu dipandang tinggi dalam masyarakat sejak dahulu lagi.

Mari kita selami maksud pantun ilmu di bawah ini.


Anak rusa merentang hutan,
Lari dikejar anak beruang,
Ilmu umpama emas dan intan,
Berguna kepada semua orang.     

Angin berhembus cuaca redup,
Budak-budak bersuka ria,
Ilmu itu panduan hidup,
Memandu kita ke jalan bahagia.

Keris kecil menikam ular,
Keris besar menikam singa,
Masa kecil tak hendak belajar,
Sudah besar tertanya-tanya.

           

 
   





Tanam padi, si padi huma,                         
Orang bujang datang bertamu,
Barang kerja takkan sempurna,
Bila tidak menaruh ilmu.

Apa tanda batang tebu,
Batang tebu halus uratnya,
Apa tanda orang berilmu,
Orang berilmu, halus sifatnya.

4 comments:

  1. Ilmu sangat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu tuntutlah ilmu selagi hayat dikandung badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, kata cikgu. Ilmu sangat penting dan hendaklah menuntutnya sedari kecil lagi.

      Delete
  2. Ros,
    Dengan ilmu sahaja kita boleh menilai sesuatu itu intan atau kaca. dengan ilmu juga kita boleh mengambil tindakan secara rasional dan dengan ilmu yang kita miliki ini, kita boleh berfikir dan bermuhasabah diri tentang tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di bumi yang dipinjamkan sementara ini.

    ReplyDelete
  3. Memang benar kata cikgu itu. Tanpa ilmu tidak akan ke mana kita. Ilmu sangat penting dalam menelusuri kehidupan ini.

    ReplyDelete